Pantun Melayu

Pantun Budi
Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung
Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati
Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang
Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi
Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam prangBanyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang
Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang
Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budiBunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi
Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa
Baik-baik bertanam padi Jangan sampai dimakan rusaBaik-baik termakan budi Jangan sampai badan binasa
Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa
Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga
Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikanHidup hendaklah bersendikan budi Sifat sombong jangan amalkan
Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya
Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi
Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayar Hutang budi dibayar mati
Anak merak Kampung Cina Singgah berhenti kepala titiEmas perak kebesaran dunia Budi bahasa tak dapat dicari
Anak angsa mati lemas Mati lemas di air masinHilang bahasa kerana emas Hilang budi kerana miskinYang kurik tu kundi Yang merah sagaYang baik itu budi Yang indah itu bahasa
Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya
Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang
Anna Abadi membeli ginseng Singgah di pasar mencari kariJangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian hari
* Dihimpun oleh Anna Abadi sebagai sumber rujukan.
Rujukan:
Persuratan MelayuPantun Melayu Sastera RakyatPantun SerbanekaPantun Adat dan Resam ManusiaKumpulan Pantun Melayu, DBP 1983Sumber InternetForwarding E-mail dan Kawan-kawanEmak dan Orang-orang Tua serta tak lupa FR!Lagu Melayu Klasik
Pantun Budi
Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka
Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepak Gula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak
Manis sungguh gula Melaka Jangan dibancuh dibuat serbat Sungguh teguh adat pusaka Biar mati anak jangan mati adat
Anak teruna tiba di darat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak dijual beli
Menanam kelapa di Pulau Bukum Tinggi sedepa sudah berbuahAdat bermula dengan hukum Hukum bersandar di Kitab Allah
Buah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan masuklah meminang Tanda diri beradat budaya Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landa Hidup berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab
Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang
Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati
Bukan kacang sebarang kacang Kacang melilit si kayu jati Bukan datang sebarang hajat Datang membawa hajat di hati
Budak-budak berlari ke padang Luka kaki terpijak duri Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan kami
Helang berbega Si Rajawali Turun menyambar anak merbah Dari jauh menjunjung duli Sudah dekat lalu menyembah
Angin kencang turunlah badai Seumur hidup cuma sekali Tunduk kepala jatuh ke lantai Jari sepuluh menjunjung duli
Gobek cantik gobek cik puan Sirih dikunyah menjadi sepah Tabik encik tabiklah tuan Kami datang membawa sembah
Doa mustajab selalu terkabul Kepada Allah kita panjatkan Sebelum berlangsung ijab dan kabul Majlis berinai kita dulukan
* Dihimpun dan disusun oleh Anna Abadi sebagai sumber rujukan.
Rujukan:
Persuratan Melayu Pantun Melayu Sastera RakyatPantun Serbaneka dan Pantun Melayu KlasikPantun Adat dan Resam ManusiaKumpulan Pantun Melayu, DBP 1983Sumber Internet Forwarding E-mail dan Kawan-kawanEmak dan Orang-orang Tua serta FR
@
Pantun Agama
Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahanKalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai berjelagaHidup mati di tangan Tuhan Tiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahan Terbang pergi ke lain pokok Hidup mati ditangan Tuhan Kepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulang Anak udang mati dituba Dalam kitab ada terlarang Perbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahaya Cahaya memancar ke Tanjung Jati Jikalau hendak hidup bahagia Beramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat jasad tidak sembahyang Kulit lembu celup samak Mari buat tapak kasut Harta dunia janganlah tamak Kalau mati tidak diikut
Banyaklah masa antara masa Tidak seelok masa bersuka Meninggalkan sembahyang jadi biasa Tidak takut api neraka?
Dua tiga empat lima Enam tujuh lapan sembilan Kita hidup takkan lama Jangan lupa siapkan bekalan
Kalau Tuan pergi ke Kedah Singgah semalam di Kuala Muda Sembahyang itu perintah Tuhan Jika ingkar masuk neraka
Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikatIlmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juragan Mati diracun muntahkan darah Hidup di dunia banyak dugaan Kepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulang Sisipkan daun hiasan tepinya Banyak berdoa selepas sembahyang Mohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang kerani Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Sepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya boleh merancang Kuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau Jawa Rakan diajak pergi menjala Maha Berkuasa jangan dilupa Kuasa Allah tidak terhingga
Nyiur mudah luruh setandan Diambil sebiji lalu dibelah Sudah nasib permintaan badan Kita di bawah kehendak Allah
Kemuning di dalam semak Jatuh melayang ke dalam paya Meski ilmu setinggi tegak Tidak sembahyang apa gunanya?
Harimau belang turun sekawan Mati ditikam si janda baluIlmu akhirat tuntutlah tuan Barulah sempurna segala fardu
Kera di hutan terlompat-lompat Si pemburu memasang jerat Hina sungguh sifat mengumpat Dilaknat Allah dunia akhirat
Anak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilan Bangun pagi sembahyang subuh Minta doa kepada Tuhan
Anak ayam turun sembilan Mati seekor tinggal lapan Duduk berdoa kepada Tuhan Minta Allah jalan ketetapan
Anak ayam turun lapan Mati seekor tinggal tujuh Duduk berdoa kepada Tuhan Supaya terang jalan bersuluh
Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Turut mengikut alim ulama Supaya betul jalan makrifat
Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Kita hidup mesti beragama Supaya hidup tidaklah sesat
Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tengah lorongKalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung
Bulu merak cantik berkaca Gugur sehelai ke dalam baldi Jika tak banyak kitab dibaca Jangan mengaku khatib dan kadi
Inderagiri pasirnya lumat Kepah bercampur dengan lokan Sedangkan nabi kasihkan umat Inikan pula seorang insan
Anna Abadi pergi berenang Sambil berenang berdondang sayangJika hidup dikurnia senang Jangan lupa tikar sembahyang

Komentar